Monday 13 April 2009

HIJAB : Fesyen atau TUNTUTAN ?


Dewasa ini kita sering digembar-gemburkan dengan pelbagai anasir-anasir luar yang boleh
mengganggu-gugat pemikiran generasi pemuda-pemudi Islam. Hal ini dibuktikan dengan kejatuhan kerajaan Islam Turki dan beberapa ciptaan yang cuba dibawa oleh budaya asing.
Tidak dinafikan bahawa jatuh bangunnya sesbuah daulah ataupun negara Islam itu terletak pada para syabab(remaja)nya.

Ana cuba untuk membawa kepada para pembaca sekalian untuk menilai dan memerhatikan semula apakah konsep sebenar Islam menyuruh kaum Hawa ini untuk berhijab.Untuk berfesyenkah??Untuk bertabarrujkah??Atau semata ingin memuaskan hati kedua orang tua yang sudah lama membebel menutup aurat??Atau ianya datang dari hati mahupun sanubari jiwa si pemakai.yang sedar bahawasanya ianya adalah suruhan yang datangya dari Maha Pencipta.



Apakah ia HIJAB??

Didalam kitab Mu'jam Al-A'rabi Al-Asasi : Hijab bermaksud:
- Apa yang menutup pada wanita itu dari kepalanya hingga diantara perut dan dadanya yang mana wanita tersebut BERLINDUNG dengannya( Hijab ) - ataupun kain mahupun penutup yang melindungi bahagian aurat wanita(rambut dan kepala) dari terdedah kepada ajnabi(asing)




Terdapat didalam al-Quran ayat-ayat yang menyentuh tentang hijab:

Surah Al-Ahzab ayat ke 59 yg bermaksud: " Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri org mukmin,Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh badan" - yang dimaksudkan dengan jilbab ialah pakaian baju kurung yg lapang yang dapat menutup kepala,wajah dan muka.




Apa yang ana ingin bawakan adalah pengamalan sesetengah kaum Hawa yang hanya menggunakan kaedah "janji pakai" "asal tutup nampak lawa"semata tapi tidak menerapkan konsep penghayatan Islami yang terlebih dahulu perlu diaulakan(didahulukan). Seperti pepatah ada mengatakan "Melepaskan batuk ditangga",yang mana hanya melunaskan taklifan insan semata.


Sekadar perkongsian bersama,daripada pengkajian ana dan beberapa sahabat,mungkin terdapat beberapa jalan penyelesaian bagi menangani permasalahan ini:.

1) Kempen Biah Solehah : mungkin boleh diserapkan diperingkat keluarga dan sekolah rendah lagi,kepentingan dalam membentuk anak bangsa amat penting untuk memastikan daulah Islam diperkuatkan. Penerangan oleh ibu bapa dan guru-guru amat berkesan dalam menanam fikrah kefahaman Islam.Kata pepatah "Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi",maka ibu bapa dan guru-guru perlulah memainkan peranan dalam menjadi role model sebagai penunjuk kepada Biah Solehah.

2) Iklan dan suratkhabar : seperti yang diperkenalkan diperingkat negeri Kelantan,bagaimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyarankan agar kesemua model iklan dan televisyen memakai tudung secara kamilah(sempurna) tanpa dihalang mana-mana pihak.Secara tidak langsung menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain.Apa yang ana ingin bawa ialah kesempurnaan pemakaian dalam bertudung walaupun dalam bidang elektronik.

3) Program motivasi dan kesedaran : walaupun agak tidak berkesan akan tetapi sekitar 80% dapat memberi kefahaman tentang Islam.Artikel bertulis dan sticker mengenai akibat ataupun keburukkan yang didapati akibat meninggalkan ataupun meremehkan pemakaian berhijab secara tadrib(mendidik) amat sesuai bagi semua peringkat usia. Apa yang penting "Amar makruf Nahi mungkar" perlu dilakukan.




Dimanakah akan ada semua insan seperti Saidatina Khadijah??Saidina Aisyah??walaupun tidak sesempurna tapi menurut pada tautan syarak.


No comments:

Post a Comment