Wednesday 15 April 2009

.: MAKLUMAN :.

.: TAWAQUF EDIT UNTUK ISTIREHAT :.

WasiaT SaiDiNa Ali KaramALLAHuWajHaH

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

Monday 13 April 2009

Pentingnya Da' wah Tauhid


"Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul diantara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka, dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata." (QS Al Jumu'ah: 2)


Selama 13 tahun di Mekkah, Rasulullah selalu berkata kepada manusia: "Ucapkanlah La ilaa ha illallah, pasti kalian beruntung." Da'wah dan tarbiyah haruslah dimulai dengan pemantapan tauhid dihati masyarakat... Maka barang siapa menginginkan kekuasaan sebelum da'wah dan tarbiyah, pasti ia akan gagal. Sebelum berbuah, pohon aqidah yang ditanam memerlukan perawatan, penyiraman, dan pemupukan yang cukup lama dan intensif. Kemudian setelah itu kita tunggu dan kita harapkan buahnya. (Syaikh Muhammad Musa Alu Nashr)

Makna Aqidah Dan Urgensinya Sebagai Landasan Agama

Aqidah Secara Etimologi
Aqidah berasal dari kata 'aqd yang berarti pengikatan. Kalimat "Saya ber-i'tiqad begini" maksudnya: saya mengikat hati terhadap hal tersebut.

Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan "Dia mempunyai aqidah yang benar" berarti aqidahnya bebas dari keraguan. Aqidah merupakan perbuatan hati, yaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu.

Aqidah Secara Syara'
Yaitu iman kepada Allah, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya dan kepada Hari Akhir serta kepada qadar yang baik maupun yang buruk. Hal ini disebut juga sebagai rukun iman.

Syari'at terbagi menjadi dua: i'tiqadiyah dan amaliyah.
I'tiqadiyah adalah hal-hal yang tidak berhubungan dengan tata cara amal. Seperti i'tiqad (kepercayaan) terhadap rububiyah Allah dan kewajiban beribadah kepadaNya, juga beri'tiqad terhadap rukun-ru­kun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (pokok agama).

Sedangkan amaliyah adalah segala apa yang berhubungan dengan tata cara amal. Seperti shalat, zakat, puasa dan seluruh hukum-hukum amaliyah. Bagian ini disebut far'iyah (cabang agama), karena ia di­bangun di atas i'tiqadiyah. Benar dan rusaknya amaliyah tergantung dari benar dan rusaknya i'tiqadiyah.

Maka aqidah yang benar adalah fundamen bagi bangunan agama serta merupakan syarat sahnya amal. Sebagaimana firman Allah Subhannahu wa Ta'ala:"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhan­nya." (Al-Kahfi: 110)

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu ter­masuk orang-orang yang merugi." (Az-Zumar: 65)

"Maka sembahlah Allah dengan memurnikan keta'atan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik)." (Az-Zumar: 2-3)

Ayat-ayat di atas dan yang senada, yang jumlahnya banyak, menunjukkan bahawa segala amal tidak diterima jika tidak bersih dari syirik. Karena itulah perhatian Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam yang pertama kali adalah pelu­rusan aqidah. Dan hal pertama yang didakwahkan para rasul kepada umatnya adalah menyembah Allah semata dan meninggalkan segala yang dituhankan selain Dia.

Sebagaimana firman Allah Subhannahu wa Ta'ala: "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): 'Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu', ..." (An-Nahl: 36)

Dan setiap rasul selalu mengucapkan pada awal dakwahnya: "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada tuhan bagimu selainNya." (Al-A'raf: 59, 65, 73, 85)

Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Shalih, Syu'aib dan seluruh rasul. Selama 13 tahun di Makkah -sesudah bi'tsah- Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam mengajak manusia kepada tauhid dan pelurusan aqidah, karena hal itu merupakan landasan bangunan Islam. Para da'i dan para pelurus agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam berdakwah. Sehingga mereka memulai dengan dakwah kepada tauhid dan pelurusan aqidah, setelah itu mereka mengajak kepada se­luruh perintah agama yang lain.

Bersanding Dalam Islam??

Sesetengah adat diiktiraf oleh Islam jika tidak bercanggah dengan prinsip Undang-undang Islam.kalau kita kaji memang ada adat melayu yang sesuai dengan Islam dan tidak kurang juga yang bercanggah.Untuk menentukan adat itu sesuai atau tidak dengan Islam hendaklah kita kaji dengan teliti.kita cuba teliti adat bersanding:

1.Bersanding bererti mempamerkan dua orang pengantin kepada orang lain.Menurut ajaran Islam perempuan tidak boleh ditonton oleh orang lelaki yang ajnabi (asing).Nyata,disini terdapat satu percanggahan.
2.Semasa bersanding itu wajah pengantin dimekap secantik-cantiknya sekehendak Mak Andam.Disini terdapatnya konsep tabarruj (berhias-hias).Menurut ajaran Islam mekap wajah seseorang perempuan itu hanyalah untuk dinikmati oleh suaminya saja.
- Dalam hadis ada juga disebut: Bagaimana Saidatina Aisyah dihias-hias oleh sekawanan perempuan sahaja.Tidak dizahirkan kepada sesiapa pun kecuali kepada Nabi S.A.W-
Disini terdapat satu lagi percanggahan.
3.Dalam upacara bersanding itu terdapat beberapa pembaziran diantaranya;beras ditabur percuma,belanja memebuat pelamin begitu besar sedangkan pengguna nya hanya sekali dan pakaiannya juga mahal sewanya.Islam melarang perbuatan membazir yang dikaitkan sebagai saudara syaitan.Jelas,satu lagi percanggahan.
4.Adat bersanding ditiru dari adat bukan Islam.Islam sangat melarang umat Islam meniru apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam.Bertambah lagi percanggahan.

Jelaslah bersanding bukan dari ajaran Islam malah bercanggah dengan Islam.Oleh yang demikian umat Islam sepatutnya tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak secara langsung.Bukankah bernikah itu untuk mendapat pahala dari Allah tetapi dalam masa yang sama berbuat dosa pula.Sungguh menghairankan sekali.

Wallahu a'lam.

HIJAB : Fesyen atau TUNTUTAN ?


Dewasa ini kita sering digembar-gemburkan dengan pelbagai anasir-anasir luar yang boleh
mengganggu-gugat pemikiran generasi pemuda-pemudi Islam. Hal ini dibuktikan dengan kejatuhan kerajaan Islam Turki dan beberapa ciptaan yang cuba dibawa oleh budaya asing.
Tidak dinafikan bahawa jatuh bangunnya sesbuah daulah ataupun negara Islam itu terletak pada para syabab(remaja)nya.

Ana cuba untuk membawa kepada para pembaca sekalian untuk menilai dan memerhatikan semula apakah konsep sebenar Islam menyuruh kaum Hawa ini untuk berhijab.Untuk berfesyenkah??Untuk bertabarrujkah??Atau semata ingin memuaskan hati kedua orang tua yang sudah lama membebel menutup aurat??Atau ianya datang dari hati mahupun sanubari jiwa si pemakai.yang sedar bahawasanya ianya adalah suruhan yang datangya dari Maha Pencipta.



Apakah ia HIJAB??

Didalam kitab Mu'jam Al-A'rabi Al-Asasi : Hijab bermaksud:
- Apa yang menutup pada wanita itu dari kepalanya hingga diantara perut dan dadanya yang mana wanita tersebut BERLINDUNG dengannya( Hijab ) - ataupun kain mahupun penutup yang melindungi bahagian aurat wanita(rambut dan kepala) dari terdedah kepada ajnabi(asing)




Terdapat didalam al-Quran ayat-ayat yang menyentuh tentang hijab:

Surah Al-Ahzab ayat ke 59 yg bermaksud: " Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri org mukmin,Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh badan" - yang dimaksudkan dengan jilbab ialah pakaian baju kurung yg lapang yang dapat menutup kepala,wajah dan muka.




Apa yang ana ingin bawakan adalah pengamalan sesetengah kaum Hawa yang hanya menggunakan kaedah "janji pakai" "asal tutup nampak lawa"semata tapi tidak menerapkan konsep penghayatan Islami yang terlebih dahulu perlu diaulakan(didahulukan). Seperti pepatah ada mengatakan "Melepaskan batuk ditangga",yang mana hanya melunaskan taklifan insan semata.


Sekadar perkongsian bersama,daripada pengkajian ana dan beberapa sahabat,mungkin terdapat beberapa jalan penyelesaian bagi menangani permasalahan ini:.

1) Kempen Biah Solehah : mungkin boleh diserapkan diperingkat keluarga dan sekolah rendah lagi,kepentingan dalam membentuk anak bangsa amat penting untuk memastikan daulah Islam diperkuatkan. Penerangan oleh ibu bapa dan guru-guru amat berkesan dalam menanam fikrah kefahaman Islam.Kata pepatah "Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi",maka ibu bapa dan guru-guru perlulah memainkan peranan dalam menjadi role model sebagai penunjuk kepada Biah Solehah.

2) Iklan dan suratkhabar : seperti yang diperkenalkan diperingkat negeri Kelantan,bagaimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyarankan agar kesemua model iklan dan televisyen memakai tudung secara kamilah(sempurna) tanpa dihalang mana-mana pihak.Secara tidak langsung menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain.Apa yang ana ingin bawa ialah kesempurnaan pemakaian dalam bertudung walaupun dalam bidang elektronik.

3) Program motivasi dan kesedaran : walaupun agak tidak berkesan akan tetapi sekitar 80% dapat memberi kefahaman tentang Islam.Artikel bertulis dan sticker mengenai akibat ataupun keburukkan yang didapati akibat meninggalkan ataupun meremehkan pemakaian berhijab secara tadrib(mendidik) amat sesuai bagi semua peringkat usia. Apa yang penting "Amar makruf Nahi mungkar" perlu dilakukan.




Dimanakah akan ada semua insan seperti Saidatina Khadijah??Saidina Aisyah??walaupun tidak sesempurna tapi menurut pada tautan syarak.


MuHaSaBaH

Siapakah kita disisiNYA??
Siapakah kita tanpaNYA??
Siapakah kita sebenarnya....??

Cuba fikirkan sejenak...
Islam sesekali takkan rugi tanpa KITA,
tapi KITA akan sangat2 rugi tanpa adanya ISLAM dihati dan jiwa.

Kata-kata dari seorang mujahid terbilang: (Ulama Mesir )
"Kewajipan (sebagai MUKMIN) adalah lebih banyak berbanding waktu-waktu yang kita ada"

Friday 10 April 2009

MoTheR


Sunyi...
selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...
kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...
tenang selalu...
Bayu...
sampaikan berita...
Daku kini ceria...
aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...
kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...
ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...
Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...
hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Wednesday 8 April 2009

Jiwa Murni - Tazkirah

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :
1. Kebersihan sebahagian iman : (pendapat ulama’)
a) pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman.
b) yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56).
Yang dimaksudkan di sini ialah wudhu’.
c) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki
iman itu ialah solat.
d) yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu’ - menghapuskan dosa-dosa kecil.
2. Galakkan mengingati Allah ;

Pengajaran hadis:
(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian
daripada lman.
(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan
mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi
cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya.
(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan
atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan
dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.