Monday 13 April 2009

Bersanding Dalam Islam??

Sesetengah adat diiktiraf oleh Islam jika tidak bercanggah dengan prinsip Undang-undang Islam.kalau kita kaji memang ada adat melayu yang sesuai dengan Islam dan tidak kurang juga yang bercanggah.Untuk menentukan adat itu sesuai atau tidak dengan Islam hendaklah kita kaji dengan teliti.kita cuba teliti adat bersanding:

1.Bersanding bererti mempamerkan dua orang pengantin kepada orang lain.Menurut ajaran Islam perempuan tidak boleh ditonton oleh orang lelaki yang ajnabi (asing).Nyata,disini terdapat satu percanggahan.
2.Semasa bersanding itu wajah pengantin dimekap secantik-cantiknya sekehendak Mak Andam.Disini terdapatnya konsep tabarruj (berhias-hias).Menurut ajaran Islam mekap wajah seseorang perempuan itu hanyalah untuk dinikmati oleh suaminya saja.
- Dalam hadis ada juga disebut: Bagaimana Saidatina Aisyah dihias-hias oleh sekawanan perempuan sahaja.Tidak dizahirkan kepada sesiapa pun kecuali kepada Nabi S.A.W-
Disini terdapat satu lagi percanggahan.
3.Dalam upacara bersanding itu terdapat beberapa pembaziran diantaranya;beras ditabur percuma,belanja memebuat pelamin begitu besar sedangkan pengguna nya hanya sekali dan pakaiannya juga mahal sewanya.Islam melarang perbuatan membazir yang dikaitkan sebagai saudara syaitan.Jelas,satu lagi percanggahan.
4.Adat bersanding ditiru dari adat bukan Islam.Islam sangat melarang umat Islam meniru apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam.Bertambah lagi percanggahan.

Jelaslah bersanding bukan dari ajaran Islam malah bercanggah dengan Islam.Oleh yang demikian umat Islam sepatutnya tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak secara langsung.Bukankah bernikah itu untuk mendapat pahala dari Allah tetapi dalam masa yang sama berbuat dosa pula.Sungguh menghairankan sekali.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment